PERKHIDMATAN PENDAFTARAN SYARIKAT
NILAI-NILAI KAMI
Kami percaya bahawa kepakaran ilmu kewangan boleh diakses oleh setiap syarikat permulaan dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia. Oleh itu, kami di NOVUX sedia membantu anda mengawal perniagaan sendiri melalui akauntan-akauntan berkelayakan dan ahli-ahli strategi pakar. Kami berkembang bersama perniagaan anda, memperbaiki urusan kewangan dan membimbing perniagaan anda berdasarkan data & analisis yang kukuh.
LIHAT BAGAIMANA KAMI MENINGKATKAAN KUALITI PERNIAGAAN ANDA
KEKURANGAN TENAGA MAHIR
Peniaga kecil-kecilan atau SME di Malaysia sentiasa kekurangan pakar Kewangan dan Strategi yang berkemahiran. Kebiasaannya, tenaga mahir ini terlalu mahal untuk diupah dan hanya mampu dimiliki oleh syarikat besar.
KEKURANGAN AUTOMASI
Teknologi perakaunan yang ketinggalan zaman masih digunakan pada hari ini. Penggunaan Software yang kompleks cenderung melakukan kesilapan yang boleh dielak dan biasanya akan menghadapi kekurangan atau ketidakcekapan.

KEKURANGAN PANDANGAN
Peniaga kecil-kecilan juga kekurangan input pandangan dan kritikan konstruktif kerana kekurangan tenaga Kewangan dan Strategi berkelayakan tinggi. Selama ini, peniaga-peniaga terpaksa bergantung pada pendapat sendiri.
PERKHIDMATAN PENDAFTARAN SYARIKAT KAMI
JIMAT KOS, TINGKATKAN KECEKAPAN, DAPATKAN PANDANGAN
Kami mulakan pendaftaran syarikat anda dengan merancang kerangka kewangan yang sesuai bagi syarikat anda. Pasukan pakar kami akan mengambil alih operasi, pelaporan dan analisis keawangan harian. Kami berkelayakan, berilmu dan sedia membantu anda dari hari pertama lagi. Berikutnya adalah kesimpulan bantuan-bantuan daripada pihak kami:
PENGARAH KEWANGAN BERDEDIKASI
Pengarah Kewangan Berdedikasi NOVUX akan ditugaskan khas untuk membantu anda dalam apa-apa hal kewangan.
AUTOMASI
Kami menggunakan teknologi berasaskan awan terkini untuk mengintegrasikan dan mengotomatisasi proses kewangan syarikat anda, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kerja manual dan kesalahan manusia.
Sistem pengurusan invois
Sistem Laporan Perbelanjaan dan Tututan
Integrasi Bank
Integrasi CRM (Customer Relationship Management)
PELAPORAN & PEMATUHAN
Kami menangani dan menyediakan kewangan anda dengan pematuhan ketat terhadap piawaian perakaunan dan pelaporan bagi menggambarkan prestasi perniagaan sebenar syarikat anda.
Penyata untung rugi
Penyata Imbangan
Penyata Aliran Tunai
Laporan Penuaan
Laporan Kewangan Tidak Diaudit bagi Syarikat Layak
ANALISIS, STRATEGI & PERANCANGAN PERNIAGAAN
Pakar-pakar NOVUX akan mengukur dan menjejaki aspek yang paling penting dalam perniagaan anda. Kami juga akan memberikan pandangan berharga dengan menggunakan papan pemuka yang mudah difahami sehingga anda keluar dari kegelapan kesulitan dan membawa syarikat anda ke tahap seterusnya.
Papan Pemuka Prestasi
Arah aliran kewangan, analisis margin dan nisbah
Analisis keuntungan projek
Perancangan cukai tahunan
Perancangan strategi tahunan, bajet kewangan atau projection, dan penetapan sasaran
Prestasi tahunan semasa lwn. pemantauan sasaran
Perbendaharaan
Kami mengawasi hutang anda dan memulakan pembayaran bagi pihak anda supaya anda tidak lagi bimbang terhadap invois tertunggak.
Permulaan pembayaran bil & invois
Permulaan pengeluaran gaji
Pemprosesan perbelanjaan, tuntutan & permulaan pengeluaran
SOKONGAN KEWANGAN
Kami juga menyediakan perkhidmatan sokongan untuk sistem dan tugas-tugas pentadbiran belakang yang akan meringankan beban anda.
Pengurusan cuti pekerja
Pemprosesan gaji – Penyata gaji, borang EA, persiapan untuk borang LHDN / EPF / SOCSO & lain-lain
Jadual waktu penjejakan & pemantauan penggunaan sumber
Kesetiausahaan syarikat
Latihan sistem, bantuan & peruntukan sokongan